Pages

Friday, November 11, 2011

Cerita cinta emas



Assalamualaikum teman2. Sementara nak hantar baju untuk dibasuh, ada coretan sikit, tentang cerita cinta aku, emas. Apa punca aku ni duk gila sangat pasal emas? Walhal rizab emas aku ciput je... Kebanyakan emas yg aku beli dan simpan adalah hak milik ibu dan ayah aku, bermula dengan 1dinar yang aku beli waktu harga RM650( sekarang tak dapat la harga ni ) bulan januari 2011, aku balik ke kampung dengan pelbagai cerita untuk mempengaruhi ibu dan bapa aku.

dinar PG aku =)

Mula-mula mak aku kurang confident, ye la, aku ni pon ada 1 dinar ja, apa sangat boleh cerita, pelan-pelan cerita, akhirnya, mak aku ambik keputusan nak beli 10 gram emas, aku pon cari2, dan usaha pencarian aku akhirnya dipertemukan dengan 10gram GCP. Alhamdulillah, aku beli pada harga RM1570 pada bulan julai (seingat aku la ). Dari pembelian yang sikit-sikit ni lah, aku cuba mencari2 info tentang emas, mengenai dinar dan dirham ni. Dari pencarian ni baru tersedar tentang penipuan wang kertas, mula la aku terfikir macam-macam, semakin ramai rakan-rakan dari fb yang menyimpan emas aku add, semakin banyak cerita, cerita paling seram " kejatuhan sistem wang kertas" . Yeah, mula-mula aku buat tak tau, tapi lepas belek2 berita tentang krisis eropah pulak, waktu tu ada pemberontakan di London, makin jelas plak ditambah lagi krisis hutang amerika yang terpaksa tingkatkan syiling hutang sebanyak 3 trillion USD? ni kes naya, ringgit malaysia plak dah la bersandarkan pada USD, hey you uncle sam! my money here are loosing value, arghhhhhh! sapa yang ada simpan duit dia dalam dolar, mesti menjerit2 sebab dulu rate 1 dollar lebih kurang RM3.70, sekarang dah jadi RM 3 je..... loosing value tu....... Jadi berbalik pada dinar dan gold bar mak aku yang aku beli tadi, harga sekarang berapa? sekarang untuk satu dinar sudah berharga RM800, dan untuk gold bar GCP tu dah berharga RM 2000! tak sampai setahun, sebab apa naik? emas tak naik, tapi sebab nilai duit kertas itu yg jatuh, sebab tu orang bising2 harga makanan mahal, barang mahal, oleh itu teman2, kalau ada duit lebih, mungkin dalam 1/4 simpanan anda itu, tukarkanlah kepada emas, 1gram pon jadi la, dari situ mulalah simpan sikit2, ni je la nasihat aku yg kerdil ni, waktu nak beli 1 dinar dulu tu, aku tengok hanset aku ni dah berkurun tak bertukar, redho je, asalkan boleh pakai, laptop kakak aku yang aku guna ni pon rasanya tak lama lagi tercabut semua button dia ni, hehe, redho jugak. Apa pun, coretan ni hanya secebis dari pengalaman aku, sebenar2 perkara tentang emas kena rujuk yang lebih pakar, datang ke seminar ke, itu lebih baik. Banyak nak ditulis, tapi susah untuk dikeluarkan menjadi penulisan yang menarik, em, mungkin nanti kita sambung. ok, wassalam...




p/s : sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

1 comments:

faaizz d. zul said...

bhai, share sikit knowledge emas.

tp tulis biar dlm perenggan ok.

XD

Post a Comment

tengok juga yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...