Pages

Monday, January 30, 2012

tukar Cara

Assalamualaikum,
Sekarang ni jam dah 3.54 pagi hari selasa 31/1/2012. Mata aku bukanlah tak mampu untuk lelap, tapi disebabkan baru balik kerja part time, ditambah dengan keberahian nak tengok result aku sem 1 lepas, jadi begitu sukar nak lelap. Waktu kerja tadi tak senang duduk juga kepala duk pikir pasal result sebab bagi aku sem lepas adalah yang paling teruk aku hadapi dengan jiwa pon tak senang! haha.
Sepanjang sem lepas, selepas habis je blaja dan ambil final exam, ada dua subjek ni yang cukup buat hati tak senang. Lepas je paper terakhir, esoknya terus aku kerja. Bukan tak nak balik rumah, tapi memandangkan keperluan kepada duit kertas itu perlu, terpaksa kerja, aduhai... rindu betul nak balik, tapi sempat jugak beli tiket untuk balik hujung minggu ni.. Dapat sehari dua bersama keluarga dah cukup bermakna =D ..

Cerita pasal result, ternyata dua subjek yang buat aku tensi ni telah memberikan hasil yang paling teruk antara subjek2 yang lain. Syukur alhamdulillah sebab tak jatuh tahap fail! Ternyata percaturan yang dibuat selama ni tak berjaya, aku tak berkemampuan untuk 20 kredit hours... lepas ni aku buat sekadar termampu je la. Ada yang gembira dengan result mereka, ada yang ok2 saja, dan ada yang sedih, tapi itu lumrah. Apa yang anda usaha itu yang anda dapat. Ternyata Allah mengetahui segala sesuatu dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Sedari diri aku ni dah mula jadi malas dan lembik untuk belajar bermula sem lepas, apa punca aku pun tak tahu.

Sekarang aku dah tahu aku silap, dari kesilapan apa yang patut aku buat? Kena koreksi diri la lepas ni InsyaAllah =)

sebabkan menaip pagi2 buta ni, agak bercelaru untuk apa dicoret kat sini, semoga kita sentiasa sihat sejahtera.. salam, tido la plak, mata dah tak tahan mengantuk.









.




2 comments:

faaizz d. zul said...

entri ni buat aku tak rasa sorang2
entri ni buat aku rasa terinspirasi
entri ni buat aku rasa kuat.

terima kasih.

peche lele

ha3

XD

peche said...

sama-sama mr yuhu... haha

Post a Comment

tengok juga yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...