Pages

Tuesday, August 2, 2011

Beberapa keping



Assalamualikum semua, hari ni dah menjelang 3 ramadhan, syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa ini. Minggu lepas aku diberitakan tentang pemergian rakanku di zaman sekolah menegah dahulu, tidak sempat untuk dia menjalani ibadah puasa tahun ini. Tetapi itulah kematian, tidak ada sesiapapun dapat menduga waktu kematian kita. Semalam, 2 ramadhan, ada seorang rakan aku ni datang rumah, hari sebelum tu aku yang bertandang ke rumah dia, =D. Masa kat rumah dia, dia tanya aku, " hang jual apa skarang?". Aku pon jawab, aku jual emas...keh3, padahal bukan tauke besar mana pon. Tu pon dah stop. Aku pon start story pada member aku ni tentang emas dan perak pada kadar yang aku mampu sahaja. Aku sebelum ni pon bukan g sangat forum2 tentang emas ni, ada p skali ja. Tak sampai seru la orang kata, cuma tersedar bila tengok orang ramai macam dah kelam kabut duk beli emas, lepas tu baru la duk terbaca sikit2. Koleksi emas aku? serius cakap, memang tak banyak, nak beli ngan apa? masalah kewangan aku agak kritikal, sebelum ni aku merupakan peminjam PTPTN, lepas 2 tahun tukar ke ANGKASA. ANGKASA memberikan pinjaman boleh ubah, tetapi jumlahnya kurang dari PTPTN. Aku kena langsaikan hutang PTPTN dulu, dan duit ANGKASA telah habis digunakan untuk bayar PTPTN ni. Jadi, jumlah yang aku akan dapat sem depan kurang dari yang biasa. Takpe la, biar ko tahu sikit betapa susah hidup ni cik FAISAL! ok, berbalik pada kawan aku yang bertandang ke rumah aku tadi, dia sebenarnya berminat nak menukarkan duit kertas dia kepada dirham, sekeping sahaja. Aku setuju, aku sebenarnya tak jual dirham, saja2 buat koleksi, tapi dari duk buat koleksi je, baik sebar2kan, lagi baguih.



antara jenis dirham yang aku ada.
(dirham emirates, dirham muslim dan dirham kelantan)


Sebelum itu aku ada ceritakan pada member aku ni tentang dirham sikit2. Aku cakap kat dia, zaman Rasulullah dulu seekor ayam sama dengan satu dirham, sekarang satu dirham RM25. Jadi satu dirham sekarang ini mampu untuk dapat seekor ayam walaupun telah beribu tahun taraf ayam dan satu dirham itu, dan aku bandingkan dengan seringgit, kalau kata dulu2, seringgit dapat 5 biji kuih, sekarang agak2 seringgit boleh dapat 5 biji kuih? Jadi duit kertas sebenarya telah jatuh nilai, nilai hanya pada nombor di kertas, dirham pula nilainya pada berat. 1 dirham = 2.97 gram perak. 1 dinar= 4.25 gram emas 916. Emas dan perak ada nilai dalaman(beratnya, "intrinsic value" ). Jadi dirham dan dinar ini lebih dilabelkan sebagai kalis inflasi. Nak cerita pasal inflasi rasanya lebih baik tanya orang2 ekonomi, sebab aku ni agak2 nak fail jugak amik ekonomi ni =D. Nanti jadi benda lain plak bile terangkan, keh3. Apapun aku nak cakap adalah simpan lah emas dan perak walaupun sikit dan yang aku ada ni pon sikit sangat. Memang bercadang nak simpan lagi kalau ada duit lebih =), insyaAllah. Sikit-sikit lama2 jadi bukit kan? =D

0 comments:

Post a Comment

tengok juga yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...